Pembiayaan Dana Niaga adalah pembiayaan perniagaan bagi memenuhi keperluan kewangan syarikat milikan tunggal atau perkongsian untuk dijadikan modal tambahan dalam perniagaan.
Pembiayaan Tanpa Faedah

Konsep Syariah yang diguna pakai adalah Qardhul Hassan, di mana pelanggan tidak dikenakan sebarang faedah bagi pembayaran semula pembiayaan ini.


Pembiayaan Dengan Keuntungan
  • Tawarruq - Pembelian komoditi berdasarkan bayaran tangguhan.
  • Murabahah - Kontrak jualan berdasarkan kos dan keuntungan yang dimaklumkan kepada pelanggan.
  • Wakalah - Kontrak pelantikan wakil untuk bertindak bagi pihak pelanggan.
Jumlah Pembiayaan
  • RM3,000 bagi permohonan kali pertama.
  • RM5,000 bagi pelanggan yang telah menyelesaikan pembiayaan RM3,000.
  • RM7,000 bagi pelanggan yang telah menyelesaikan pembiayaan RM5,000.

Tempoh Pembiayaan
  • 24 bulan bagi pembiayaan RM3,000.
  • 25 bulan bagi pembiayaan RM5,000.
  • 40 bulan bagi pembiayaan RM7,000.
  • Membayar ansuran bulanan secara auto debit setiap bulan.
  • Membayar yuran pengurusan bulanan yang ditetapkan.
  • Menggunakan pembiayaan untuk tujuan perniagaan yang diluluskan.
  • Memastikan perniagaan yang dijalankan adalah halal dan sah.
  • Menghantar laporan aliran tunai dan penyata akaun bank secara berkala.
  • Membenarkan aktiviti pemantauan dijalankan oleh Waqaf An-Nur.
  • Mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.
Yuran Proses RM10.00
Carian (SPEAKER) RM15.00
Takaful Perlindungan Diri Mengikut umur dan amaun pelanggan
Duti Setem Mengikut amaun pembiayaan
Ya. Anda perlu membayar Deposit Sekuriti bersamaan satu (1) bulan ansuran.

Deposit ini digunakan untuk menampung mana-mana tunggakan ansuran sekiranya berlaku kelewatan pembayaran dan akan dipulangkan selepas pembiayaan selesai sepenuhnya tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Sekiranya berlaku kelewatan pembayaran, pelanggan boleh dikenakan bayaran gantirugi (Ta'widh) mengikut kadar yang ditetapkan.

Waqaf An-Nur juga berhak menuntut keseluruhan baki pembiayaan sekiranya berlaku kemungkiran, pelanggaran syarat pembiayaan atau kegagalan menjalankan perniagaan seperti yang dipersetujui.

Tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya pelanggan gagal memberikan maklum balas terhadap notis yang dikeluarkan.
Ya. Pemohon hendaklah mengambil perlindungan Takaful dengan syarikat Takaful yang ditetapkan oleh Waqaf An-Nur sehingga pembiayaan diselesaikan sepenuhnya.
Ya. Seorang penjamin diperlukan bagi menjamin pembiayaan yang diberikan.

Syarat Penjamin:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 55 tahun.
  • Islam.
  • Berakal dan sihat tubuh badan.
  • Tidak bankrap.
  • Mempunyai pendapatan yang mencukupi.
Sekiranya penjamin meninggal dunia, bankrap atau mengalami kecacatan kekal, Waqaf An-Nur berhak meminta pelanggan mendapatkan penjamin baharu.
Pembayaran pembiayaan akan diuruskan dalam tempoh kira-kira satu bulan daripada tarikh penerimaan surat tawaran yang lengkap dan diluluskan.
Kembali Ke Laman Utama